Tuesday 20 January 2015

Filem - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Ulasan 1)


Filem ini adalah satu filem Indonesia yang diangkat daripada novel bestseller Hamka.

Setelah lama ternanti-nanti, akhirnya keluar juga di Youtube.

Aku terlebih dahulu membaca karyanya tetapi hampir-hampir putus asa di pertengahan permbacaan. Oleh itu, aku menonton filemnya terlebih dahulu sebelum meneruskan semula pembacaan dan Alhamdulillah, aku lebih faham dengan jalan ceritanya.

Secara keseluruhan, filemnya juga sama hebat dengan novelnya. Jalan ceritanya hampir serupa, sebegitu juga dengan skripnya. 

Antara babak yang menarik pada pandangan aku adalah :

1. Kata-kata Hayati membalas "doktrinisasi" Khadijah untuk memakai pakaian yang agak terbuka, pakaian yang kononnya lebih kemodenan untuk ke acara pacuan kuda. 

Kata Hayati :



Namun, "didoktrin" Khadijah :




Ditangkas Hayati semula dengan ayat yang agak menyentak, pada aku :




Tapi sayang, "doktrin" Khadijah menang akhirnya. Hayati memakai juga baju sebegitu yang kalau dikisahkan dalam novelnya, dia agak tidak selesa pada mulanya. Namun, semakin selesa dan berasa tidak apa-apa memakai sebegitu kerana terbiasa melihat orang-orang lain yang ke acara pacuan kuda berpakaian sepertinya. 

2. Kata-kata orang-orang tua di kampung Hayati sewaktu membincangkan hal meminang daripada Aziz dan Zainuddin. Tanpa perbincangan lanjut dan hanya bersandarkan bahawa Aziz itu anak keluarga berada dan terhormat berbanding Zainuddin yang katanya tidak bersuku dan beradat, lamaran Aziz diterima. 

Apabila mak cik Hayati mengatakan bahawa Hayati masih mencintai Zainuddin : 




Apabila mak cik Hayati mengatakan kalau Hayati nanti akan bertindak membunuh diri apabila dipaksa kahwin dengan Aziz :





Aku sangat tersentak apabila orang-orang tua itu lebih suka Hayati mengorbankan nyawanya demi menegakkan adat Minang mereka yang tidak boleh dikahwinkan gadis Minang dengan orang yang tidak jelas keturunannya. Sungguh nyawa terlihat tidak bernilai apabila dibandingkan dengan adat membebankan itu. Andai saja ada lagi double standard sebegini, apalah nasib orang yang tidak lengkap berkeluarga. Apalah nasib anak-anak yatim yang ingin berkahwin? Kejamnya peraturan yang digubal manusia. Cara pemikiran yang jumud dan menekan sebegini yang dikritik keras oleh Hamka dalam penulisannya. 

3. Waktu Hayati melepaskan Zainudin pergi apabila Zainudin dihalau daripada Batipuh. Mereka bertemu di tempat yang sering Zainudin menulis. Pada aku, kata-kata Hayati yang sangat menginspirasi, amat memberikan pengharapan dan terdengarkan begitu indah kepada Zainudin. Zainudin yang terasa hidupnya sudah hancur apabila dihalau daripada kampung halamannya dan ditambah pula sudah tidak dapat bertemu dengan Hayati, belahan jiwanya. Kata-kata Hayati membangkitkan semula semangat Zainudin.












4. Nasihat Abang Muluk waktu Zainudin terlantar sakit lamanya kerana tidak dapat menanggung keperitan yang amat apabila mengetahui bahawa Hayati telah berkahwin dengan Aziz. Abang Muluk yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk bangkit semula selepas terhenyak dengan percintaan yang tidak kesampaian. Abang Muluk juga yang kekal bersahabat dengannya, yang sentiasa di sisi Zainudin saat jatuh bangunnya selepas itu.










"Tunjukkan kepada perempuan itu yang engku tidak akan mati lantaran dibunuhnya!".

5. Waktu Hayati merayu, mengharapkan cintanya dan berharap untuk di sisi Zainudin selepas kematian Aziz. Walaupun Zainudin masih mencintai Hayati, seakan-akan masih terngiang bagaimana dia diuji sebegitu besar kerana menegakkan cinta sucinya kepada Hayati dan sekali lagi diuji apabila Hayati sendiri yang memungkiri janji. Aku sangat terkesan sewaktu babak ini. Lakonan kedua-dua pelakon sangat menggugah jiwa. 


"Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan".













Sungguhlah, jauh terlihat bezanya antara filem Indonesia dan filem Malaysia. Seharusnya, filem ini diangkat menjadi contoh kepada dunia perfileman kita. Latar tempatnya, penguasaan watak daripada para pelakonnya dan yang terpenting, skrip ceritanya serta plot penceritaannya. Jangan lupa, original soundtract atau runut bunyi daripada Nidji juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan filem sebegini hebat, pada pandangan aku. Selamat menonton dan selamat memaknakan cinta dalam kehidupan kita!

No comments:

Post a Comment